Skip to main content

Posts

Featured

CUEPACS Mohon Bonus Raya Penjawat Awam Ditingkat Kepada RM1,000

23 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon agar kerajaan mempertimbangkan pembrian bonus sekurang-kurangnya RM1,000 kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri ini. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, peningkatan jumlah imbuhan itu diyakini dapat memberi kelegaan kepada golongan penjawat awam terutama dalam berhadapan kos hidup yang meningkat dan harga barang yang tak terkawal. Katanya, perbincangan lanjut mengenai permohonan itu dijangka diadakan dengan pihak kerajaan dalam waktu terdekat sekali gus beliau menafikan laporan yang tular beberapa hari lalu mengenai pemberian bonus sebanyak RM500 pada tahun ini. “ Saya akan berjumpa dengan pihak kerajaan untuk menyampaikan hasrat CUEPACS, namun kita masih belum memutuskan kadar bonus itu tetapi kita berharap jumlahnya kelak akan lebih baik berbanding tahun-tahun lalu atau sekurang-kurangnya RM1,000 ,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online. Sumber:  Utusan Online

Latest Posts

Kantoi rakam bawah kain wanita

Pengalaman kerja di Kudat Sabah, berlainan kaum boleh duduk semeja, makan bersama

Wefie Terlampau, 3 Gadis Dikecam Netizen

8 Bulan Bercinta Baru Tau Kekasih Adalah Pondan